Tuesday, January 06, 2004

BEAUTY TIPS......the NATURAL way.....;-)

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty)
dengan tidak memakai bahan bahan luaran tetapi
menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa
untuk perkara yang berfaedah dan tentukan
wawasan secara objektif, jangan banyak angan-
angan.



*Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap
pagi untuk solat Subuh. Jangan tidur di siang
hari.

*Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada
yang lembut, tidak sengau atau suara yang
terlalu kuat.

*Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan
perkataan yang melambangkan keluhuran budi
seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan
gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti
bosan, sakit hati, menyampah, benci dan
sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi
berkerut dan masam.

*Menjaga kulit. Kebersihan perlu sentiasa
dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi
serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu
dimakan. Gunakan sabun
yang tidak merosakkan kulit.

*Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan
lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.
Selalu menggunakan
bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.

*Jangan banyak berangan.

*Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis.
Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila
bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian
kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur
dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis
berambut panjang tapi kemas.

*Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan.
Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan
terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.
Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan
terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan
terteleng (senget sebelah). Muka elok
ditundukkan sedikit.

*Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai
duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di
atas kerusi, eloklah silang panggung. Jangan
mengangkang.

*Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap.
Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

*Menjaga senyum. Latihlah senyum, jangan
tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa
secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk
tujuan baik.

*Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar
memandang sekeliling. Tundukkan mata dan
memandang hanya kepada apa yang sedang anda
hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.
Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada
buah hati anda.

*Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu
atau saudara bila keluar. Minta dari izin
ibubapa. Pakai pakaian sopan. Pulang seawal
mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan
bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi
amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Sekadar info saja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home