Tuesday, January 27, 2004

Perangkap kufar

[Alumni Hira] PERANCANGAN AMERIKA UNTUK MENGUBAH SUKATAN PENDIDIKAN
DUNIA ISLAM - (KAMAL HABIB)

---------------------------------------------------------------------

From: Mohd Khidhir Mohd Khayat
Subject: [Alumni Hira] PERANCANGAN AMERIKA UNTUK MENGUBAH SUKATAN
PENDIDIKAN DUNIA ISLAM - (KAMAL HABIB
Date: Fri, 21 Feb 2003 03:55:09 -0800
---------------------------------------------------------------------

"Kurikulum pendidikan merupakan salah satu sasaran "interfere" baru
Amerika untuk mengubahsuai semula mentaliti dan keperibadian orang
Islam dan Arab. Penguasaan dan pengendalian arah sukatan pendidikan
ini menurut persepsi barat merupakan salah satu sarana penting dalam
mengawal dan membuat perubahan dirantau dan daerah tertentu. Ini
kerana memandangkan pendidikan dengan segala sukatannya
bertanggungjawab mencanai kesedaran membentuk kaedah, cara berfikir
dan sahsiah manusia. Dari itu penguasaan
menyeluruh terhadap sukatan adalah pemangkin yang menjamin gerak
usaha masa depan untuk mengubah perilaku, sikap, keperibadian dan
pemikiran selaras dengan tuju hala sukatan yang telah digubal.

Jelas kini Amerika Syarikat sedang bekerja keras untuk mencari jalan
bagaimana boleh mengawal, memantau sahsiah orang Arab dan Islam
melalui perubahan sikap dan jatidiri mereka. Oleh kerana disedari
bahawa sukatan pendidikan agama (Islam), sejarah dan
Bahasa Arab mempunyai peranan yang besar dalam pembentukan sahsiah
orang Arab dan orang Islam, maka perumusan semula sukatan berkenaan
dapat memenuhi matlamat Amerika untuk melahirkan sahsiah atau
keperibadian baru umat Islam agar tidak mengancam dan
mencabar ketuanan Amerika Syarikat.



Selaras dengan itu, pengubahsuaian sukatan agama Islam adalah salah
satu pendekatan baru Amerika untuk menghalang kemunculan kumpulan
ala Taliban atau ala Bin Laden. Amerika sudah pun mengusahakan
pemindaan sukatan pendidikan sekolah-sekolah yang
pernah melahirkan Taliban di Pakistan dan sukatan pendidikan di
universiti-universiti Islam di Saudi, bahkan diperingkat pendidikan
pra-universiti di Mesir umpamanya selesai dikerjakan perubahan
sukatan pendidikan al-Azhar sebagai usaha untuk mensekularisasikan
al-Azhar. Kini sedang rancak diusahakan pengubahan sukatan
pendidikan agama disekolah-sekolah kebangsaan disamping ada cadangan
agar ditiadakan pendidikan Islam dan diganti dengan mata pelajaran
kebudayaan Islam yang dipelajari oleh pelajar Islam dan bukan Islam.

Selaras dengan ini akhbar mingguan bebas Mesir menerbitkan ringkasan
laporan yang disediakan oleh sekumpulan pengkaji politik tersohor
Amerika yang dikenali sebagai kumpulan G19. Laporan ini telah
diajukan kepada pasukan Keselamatan Nasional Amerika.

Tajuk laporan tersebut berjudul "Aspek Psikologi Terrorisme Islam".
Pakar berkenaan telah mencadangkan beberapa resolusi dan cadangan
yang telahpun diserahkan kepada Presiden Amerika dan telah disetujui
oleh beliau. Apakah hakikat sebenar laporan yang menggerunkan
tersebut. Di bawah ini kita perincikan kandungan laporan berkenaan:

Laporan tersebut berpendirian bahawa adalah menjadi kewajiban
mendesak kini untuk mengujudkan suatu bentuk kerjasama
yang "binding" atau mengikat antara Amerika dengan
negara-negara Arab untuk membuat perubahan dalam sukatan pendidikan,
politik informasi dan saling akur terhadap peranan bersama kedua
belah pihak. Laporan itu menganggap bahawa gambaran buruk atau imej
negatif Amerika dan Israel adalah benih dan penyebab
utama yang menyemarakkan tindakan keganasan. Oleh itu pindaan
sukatan pendidikan yang menggalakkan perasaan benci terhadap Yahudi
dan dunia barat umumnya hendaklah dibuat,
lebih-lebih lagi elemen yang menggalakkan perbuatan keganasan
seperti konsep jihad yang merangsang orang Islam agar membunuh diri
mereka, memusnah dan mengganasi setiap orang yang non-muslim menurut
anggapan laporan berkenaan.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa tujuan kempen menyeluruh Amerika
menentang keganasan ialah untuk memungkin Amerika mencorakkan
generasi akan datang untuk selama sepuluh tahun. Dan ini bermakna
kempen tersebut hanyalah penenang sementara. Akan
tetapi usaha merubah sukatan pendidikan diperingkat rendah lagi
adalah usaha yang boleh menjamin ketiadaan lahirnya generasi
pengganas.

Kajian tersebut menegaskan bahawa setiap putaran masa selama 15
tahun akan melahirkan generasi yang ganas. Nampaknya generasi
berikutnya lebih ganas dari generasi sebelumnya. Sebabnya menurut
laporan itu ialah kitab suci (al-Quran) orang Islam.
Terdapat halangan teknikal yang jelas untuk meminta atau mendesak
kerajaan (Islam) berkenaan untuk meminda al-Quran. Namun boleh
dicari pakar-pakar rujuk agama yang
mampu menampilkan tafsiran baru yang berbeza dengan tafsiran
sebelumnya yang boleh membantu perlaksanaan perancangan Amerika.

Kajian itu berpendapat negara seperti Mesir Saudi mempunyai pengaruh
yang besar dalam hal ini. Manakala peranan negara Arab yang lain
agak kurang dan bersifat pinggiran. Saudi mempunyai pengaruh
keagamaan yang kuat, manakala Mesir pula kerana merupakan
negara Arab yang mempunyai populasi penduduk yang lebih besar dan
mempunyai institusi pendidik Al-Azhar maka ia sarat dengan berbagai
polimek dan pertentangan pemikiran agama. Kajian tersebut
mencadangkan agar di halang keberkesanan Al-Quran melalui cara
berikut:

Memaksa golongan pakar rujuk dan pendidik agama dan agar memusatkan
pengajaran dalam hal–hal ibadat sahaja agar agama itu berkisar
sekitar hubungan individual dengan Tuhan dan tidak menyentuh soal-
soal yang berkaitan dengan pembangunan umat, sahsiah atau isu
mempertahankannya.

Keperluan pendekatan bertahap dalam menangani sukatan pendidikan
agama di Mesir dan dunia Arab. Bermula dengan pendidikan di
peringkat rendah tetapi berubah menjadi mata
pelajaran budaya agama dengan menekankan keutamaan agama Yahudi,
Kristian dan Islam, keperluan menjelaskan peranan semua agama dalam
membangunkan tamadun manusia.

Meminda topik dan tema–tema pelajaran mutala'ah dan kajian teks
dalam mata pelajaran bahasa Arab kerana didapati topik-topik yang
ada sekarang menggalakkan kebencian kepada orang lain. Ia juga
merangsang pelajar agar mengingati sejarah perjuangan
berdarah melawan atau memerangi orang lain; hal mana menyebabkan
kanak-kanak berkenaan kurang berkerjasama dengan pihak yang mereka
anggap sebagai musuh.

Kemestian mengubah sukatan sejarah, menitikberatkan sejarah ilmu,
revolusi sains dan adat istiadat. Menghindar tajuk–tajuk tentang
peringkat peringkat sejarah penjajahan ataupun memaparkan para
pembunuh sebagai wira dan syuhada'. Sebaliknya perlu
ditegaskan nilai–nilai dan reputasi positif peradaban barat dan
peranan utamanya dalam mempengaruhi bangsa Arab dan umat Islam.

Melatih dan mendidik semula para guru, para pemuka yanag
bertanggungjawab tentang pendidikan mengenai konsep–konsep baru ini;
sehingga dapat disalurkan kepada para pelajar dengan sebaiknya
dengan cara membawa mereka ke Amerika untuk dikursuskan sehingga
dapat menyesuaikan diri dengan konsep dan pemikiran baru tersebut

Menghapuskan trend menaqal dan patuh disamping menjadikan ajaran
agama berasaskan rasional berpandukan daya ta'aqqul dan keengganan
mematuhinya. Kajian itu menegaskan lagi kekuatan yang diperolehi
oleh kumpulan Islam di Mesir dan di Algeria adalah kerana
indoktrinasi faham naqal dan patuh kepada kitab suci (al-Quran) dan
sunnah Nabi. Kajian itu memaparkan bahawa dalam peringkat rendah
atas murid-murid mengalami perubahan psikologi tertentu. Oleh itu
proses ini mesti di tangani untuk dipantau sehingga dapat dielakkan
golongan itu dari dieksploitasi oleh terorist. Iaitu melalui
perubahan sukatan pendidikan yang dapat merenggut sikap pemusuhan
dikalangan pelajar dan membentuk sikap kerjasama.

Peringkat menengah adalah peringkat di mana anak anak para pengikut
semua agama mula mempelajari agama mereka secara berasingan. Dalam
peringkat ini, konsep ibadat dan kisah-kisah sejarah hendaklah
dititikberatkan khasnya di dalam menangani kesilapan yang lumrah
dalam mendekati aspek-aspek provokatif di dalam Islam itu sendiri
(seperti konsep jihad, syahid, perjuangan, al-wala' dan sebagainya)

Di dalam peringkat universiti, ditiadakan kursus-kursus mengenai
agama. Apa yang diperlukan ialah menyusun program kerjasama antara
universiti untuk memahamkan para pelajar tentang dunia barat. Dalam
peringkat ini perlu ditekankan penonjolan model budaya Amerika,
khasnya dalam bidang (consumerzisme)

Manakala konsep ta'wil (interpretation) hendaklah dimanafaatkan
untuk merumuskan terminologi agama yang baru dalam setiap prinsip
dan asas-asas agama Islam, khasnya yang berkaitan dengan proses
berinteraksi dengan dunia barat. Interpretasi serta
ta'wil yang berkenaan hendaklah bersifat positif sejajar dengan
kefahaman agama ala Amerika yang baru. Kajian tersebut juga
menekankan bahawa perancangan ini hendaklah
merupakan sebahagian daripada hubungan strategik Amerika dengan
dunia Arab. Protokol-protokol bilateral berkenaan perkara ini dengan
dunia Arab hendaklah di tandatangani dalam rangka menangani
terorisme di samping menangkis dakwaan bahawa perancangan seperti
ini merupakan usaha masuk campur dalam urusan dalaman atau
penceborohan terhadap kedaulatan nasional justeru "Kempen
Antarabangsa Menangani Terorisme Amerika" memastikan perkara ini.
Kajian itu juga menolak wujudnya sebarang
negara agama atau negara yang menjadikan agama sebagai rujukan
dengan alasan negara seperti itu boleh menjadi arena berkembangnya
kumpulan kumpulan Islam yang mencabar hegemoni
kuasa Amerika Syarikat.

Inilah perancangan Amerika yang baru untuk membina persepsi agama
yang baru dari perspektif Amerika. Pengertian agama yang baru ini
akan menjadi asas dan tiket untuk masuk ke gerbang dunia moden serta
ikut serta dalam kelompok dunia barat dan Amerika. Perancangan ini
bukan suatu omong kosong atau angan-angan tetapi ia merupakan pola
yang terhidang diatas meja persidangan para ilmuan dan diterjemahkan
tuntutannya dalam realiti. Oleh itu ternyata jatidiri Islam masa
kini menghadapi ancaman yang amat
serius; hal mana memastikan umat Islam bersikap awas dan bersiap
siaga menghadapi bencana serta konspirasi yang sedang disiapkan oleh
musuh untuk memerangkap mereka. Mereka seharusnya sentiasa peka
serta sedia menjawab tantangan yang sangat merbahaya
pada masa kini.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home