Tuesday, January 06, 2004

Peringatan berguna

Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku
Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR
ISLAM'


Menurut majalah tersebut, pada suatu hari,
seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk
menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal
dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut
sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan
seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan dari
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.



Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas
itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.



"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan
ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum
lelaki...." nasihat orang tua itu.



Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan
jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?
Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau
adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka?"



Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua itu gadis itu
tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat
itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon
bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan
kata kata yang lebih dahsyat.



"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta
tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam
untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-
dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.



Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar
jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang
ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada
yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang
di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih
muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu
dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana
khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih
teruk lagi.



Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati
tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba
tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam
keadaan yang tidak disangka. Para penumpang
menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan
itu.



Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh
gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai
segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah
tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah
olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba
mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana
tangan mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.



Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya
Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran
dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.
Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.



Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau
sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan
seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab
dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian,
tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita.
Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita
akan kembali ke alam barzakh.



Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah
orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang
ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda
enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda
ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah
anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,
dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-
undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam
negeri anda tertakluk di bawah undang-undang
negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut
kalau melanggar undang-undang itu.



Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga
tertakluk dengan undang-undang yang telah di
gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap
Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah
swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara
yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka
bumi ini.



Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa
memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar
dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah
kita.



Wallahualam bissawab.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home