Tuesday, January 20, 2004

Tujuan hidup kita

petikan di bawah ni di foward oleh my dear sister (kak haz)
jazakillah khair


Assalamu'alaikum wrt wbh..

Di bawah ni saya ada attach sekali e-mail kawan di Manchester, UK, Yusnizan (a.k.a Pak Sob bagi sesiapa yang kenal). Subhanallah, isi email dia ni sememangnya membuka fikiran bila saya baca tadi. A lenghty e-mail, but might be a turning point for you.

Allah berfirman,
“Dan beribadahlah kamu kepada Tuhanmu sehingga datang kepada kamu sesuatu
yang pasti (Al-Yaqeen, iaitu maut)” Al-Hijr:99

Sesungguhnya tujuan kita dijadikan ni hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Bila kita kata mengabdikan diri ni, solat sampai tak buat kerja lain/ tak tidur ke?? Of course Islam tak mengajar kita menjadi seorang yang bersifat pelampau, tetapi sepatutnya apa2 yang kita buat, tak kisahlah walaupun kita rasa benda tu simple.. InsyaAllah bila kita niatkan.. hanyalah untuk Allah.. Allah redha dengan apa yang kita buat kan? Bukankah sangat mudah untuk membuat pahala? Kalau diikutkan sepatutnya buat dosa tu lagi susah betul tak? Sbbnya kalau niat buat jahat tak dapat dosa lagi tapi kalau proceed dgn niat tu.. Allahu'alam lah..Jom kita tengok diri kita balik,
kita ni kat level mana? Perang di antara manusia dan (syaitan serta nafsu) tu akan berterusan la sampai Hari Kiamat. Jadi bila di akhirat nanti, kalau kita mudah tunduk dgn apa yg syaitan dan nafsu nak (time kita di dunia).. takut2 buku amalan kita diterima di sebelah kiri. Harap2nya kita semua
tidak termasuk dari kalangan mereka yang berduka cita di hari akhirat.

Kita semua tahu, for sure InsyaAllah, yang hidup sekarang ni, on this very earth, sangatlah sekejap. So utk make sure kita excel dengan bessnya dalam masa yang sgt sekejap ni, marilah kita berbalik semula kepada Islam yang syumul (lengkap dan menyeluruh). Sesungguhnya orang yang bertaqwa (takutkan Allah) adalah orang2 yang benar2 berjaya.

“... Mereka itulah yang sebenar-benarnya berada di atas petunjuk dari Tuhan mereka dan mereka itulah yang sebenar-benarnya golongan yang berjaya”. (Al-Baqarah: 5)

Hopefully kita semua sama2 dapat berubah. Kita semua tak perfect, jadi janganlah sekali2 refuse nak nasihatkan org lain tentang apa yang diperintahkan oleh Islam. Sbbnya, naturally bila kita nasihat orang lain, InsyaAllah sedikit sebanyak nasihat yang kita bagi kat org lain tu membawa
kesan positif pada diri kita juga i.e. tazkirah utk kita juga.

Apa yang kurang dan salah kat atas tu, dtg dari kelemahan saya sendiri dan segala yang baik itu dari Allah SWT. Kalau spot apa2 yang salah tu tegur la okay..:)

Wassalam
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba je lepas Asar tadi aku terfikir pasal something yang sebelum ni aku tak pernah pikir. Sebelum ni aku memang pernah dengar pasal benda ni, tapi tak pernah aku betul2 hayati, hinggalah petang tadi Allah swt bagi hidayah kat aku untuk fikir sikit dan masya-Allah kesannya memang cukup hebat, terasa bersemangat untuk 'hidup'. Aku harap kalau korang betul2
kawan aku, korang bacalah email ni sampai habis, kalau boring pun paksa la diri, buat2 cam tak boring ek. Tengkiu...

Benda yang aku maksudkan ialah tentang matlamat dan hakikat hidup kita di atas muka dunia ini. Bunyinya macam benda basi, tapi selepas sejam aku merenung balik tentang hidup aku selama ni, dan recall balik apa yang aku pernah dengar selama ni, baru aku dapat hayati apakah sebenarnya
matlamat hidup kita.

Idea ni datang lepas aku dengar satu talk oleh Syeikh Khalid Yasin, seorang scholar dari US. Talk tu tajuk dia 'The Purpose of Life', dirakam sewaktu beliau berceramah di South Africa pd tahun 1994 di mana selepas talk tu, 43 orang dari audience memeluk Islam on the spot. (dgrla kalau ada masa
free:

http://www.as-sahwah.com/playaudio.php?audioID=39)

Dan aku rasa elok aku share benda ni dengan korang semua. Aku tau skrg tgh musim exam, aku pun byk lagi belum study, tapi bila aku fikir betapa pentingnya benda ni, maka aku sanggup korbankan sejam untuk taip benda ni, yakni terjemahkan apa yang aku fikirkan tadi ke bentuk penulisan so that orang lain boleh ambik manfaat. Rasanya panjang sikit kot tapi harapnya korang boleh korbankan 10 minit dari masa korang untuk baca betul2 dan hayati apa yang aku cuba nak sampaikan insya-Allah.

---------------------------------------------

First sekali, aku rasa korang sumer sure pernah tengok citer The Truman Show kan? Citer tu memang sangat best, aku tgk time kat KMYS, dah ingat2 lupa tapi yg pastinya citer tu mmg best. Memang kreatif sbb lari dari jalan cerita movie2 biasa. Yang aku still ingat, Truman (Jim Carrey) tu dah di set-up sbg pelakon dalam siri reality TV di mana dia sendiri pun tak tau yg SELURUH hidup dia ditonton oleh berjuta2 orang, dan dunia yang dia hidup adalah satu set lokasi penggambaran yang dah direka khusus. Sapa tak penah tengok cepat2 la download ek, tak nyesall tengok.

Ok... itu just mukadimah, nanti aku akan relate kan dengan apa yang aku cuba nak sampaikan.

----------------------------------------------

Pernah tak korang ditanya soalan ni... "Kita hidup ni untuk apa sebenarnya?" Kalau pernah, apa jawapan korang? Kalau tak pernah, rasa2nya kalau ditanya, apa korang akan jawab? Sekiranya korang terpaksa pikir untuk bagi jawapan, maknanya korang belum tahu apa tujuan/matlamat hidup korang.

Mungkin ada yang akan jawab untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ada yang akan jawab untuk memberi sumbangan kepada dunia. Mungkin ada yang jawab untuk kumpul harta banyak2 dsb.

Dulu aku tak pernah pk sangat pasal benda ni, dan aku tak pernah ambik berat pun. Dah hidup tu hidup je la...

Dan sebab kita tak tahu tujuan hidup tu lah hidup kita ni terumbang-ambing, bila kita senang kita happy, kadang2 sampai lupa Tuhan. Bila kita susah kita sedih, kita marah, moody, dan sstgh org time susah tu lah baru berdoa. Kadang2 kita rasa kita ni tak pernah tenang dsb. Ini semua disebabkan kita tak tahu, kita hidup ni untuk apa sebenarnya!

Dan untuk pengetahuan korang, semua jawapan yang dalam contoh kat atas tu adalah salah, even mencari kebahagiaan dunia dan akhirat tu pun salah sesalah2nya, sebab hidup kita bukan untuk membahagiakan diri kita, itu selfish namanya. Tujuan hidup kita yang sebenar-benarnya adalah sama dengan tujuan Allah swt mencipta manusia, iaitulah untuk menyembah-Nya.

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku"
(Surah az-Dzariyaat ayat 56)

Terus terang aku cakap, bila aku first dengar orang bacakan maksud ayat tu, aku tak rasa apa2 pun. Aku rasa cam aku dah tunaikan tujuan hidup aku, sbb aku dah cukup smyg 5 kali sehari (walaupun tunggang-langgang dan biasa lambat)

Tapi aku tak pernah terpikir pun, yang Allah swt sebenarnya maksudkan ialah untuk kita menyembah-Nya SELURUH hidup kita, iaitu 24 jam sehari. Camana tu? Nak kena smyg sampai tak tido ke?

Menyembah Allah ni maksudnya beribadah kepada Allah. dan maksud beribadah kepada Allah yang sebenar2nya ialah 'mencari keredhaan Allah swt'. Sekiranya Allah redha dengan sesuatu perkara yang kita buat, then perkara itu adalah suatu ibadah. Itu konsep menyembah Allah yang sebenarnya, bukan setakat solat, puasa dll.

Maka tujuan hidup kita tak lain tak bukan ialah untuk lakukan perkara2 yang mana sekiranya Allah tahu kita buat benda tu, maka dia akan suka (redha). Dan untuk tinggalkan perkara2 yang sekiranya Allah tahu kita buat benda tu, maka Dia akan marah (murka).

Pada pendapat aku, kita dapat tahu sesuatu perkara tu Allah suka ataupun tidak melalui dua cara:

1. Ilmu
Ini adalah berdasarkan hukum hakam dan fadhilat dari sumber yang 4 (al-Quran, hadis, ijma' dan qiyas). Perkara2 yang jelas diharamkan adalah sangat dimurkai oleh Allah. Perkara2 makruh Allah tidak suka, tetapi tidak sampai kepada murka jika kita melakukannya. Perkara2 yg disunatkan adalah disukai oleh Allah. Perkara2 fardhu Allah murka jika kita tinggalkannya, dan
kategori yang paling besar ialah perkara2 yang harus iaitu yang tidak dihukumkan dalam kategori2 lain, perkara ini boleh menjadi perkara yang diredhai dan boleh menjadi perkara yang dibenci bergantung kepada banyak faktor, antaranya niat pelaku dan kesan tidak langsung daripada
perbuatan tu.

2. Common sense (fitrah)
Ini apply untuk perkara2 yang tidak dihukumkan secara qat'i (tiada hukum secara jelas, iaitu perkara dalam kategori harus spt di atas) tapi kita sebagai manusia sebenarnya boleh tahu perkara tu Allah suka ataupun tidak. Secara umumnya, perkara yang nafsu kita suka, maka Allah tidak suka. Contohnya mendengar muzik, memang takde hukum qat'i yang mengatakan muzik itu harus atau haram, tapi kita boleh tahu secara common sense muzik2 yang nafsu kita suka sesangat contohnya lagu2 memuja wanita atau memuja kasih-sayang di antara lelaki-wanita, lagu2 begitu Allah tidak suka. Apa buktinya kita ada common sense ni? Buktinya kalau ada seorang ustaz atau orang alim duduk dengan kita, kita tak akan pasang lagu2 camtu depan diorang sebab kita respek (segan) kat dia. Maksudnya kita tahu diorang tak suka lagu camtu, maka lebih-lebih lagi lah Allah swt. Dan lagu2 yang mungkin tak berapa kena dengan nafsu kita, contohnya nasyid, selawat
dan zikir munajat, adalah sebaliknya disukai oleh Allah swt.

Ok, setelah kita jelas apakah perkara yang Allah suka, apa yang Allah tidak suka dan apa perkara yang Allah benci, seterusnya kita perlu tahu bahawa sekiranya Allah redha dengan kita secara overall, maka kita dijanjikan akan dianugerahkan dengan syurga Allah yaitu nikmat yang cukup besar... tak tercapai oleh akal manusia betapa besarnya nikmat Allah di dalam syurga nanti

So bagaimana Allah swt asses kita untuk menentukan samada Dia redha terhadap kita ataupun tidak? Jawapannya... itulah peranan dunia ini iaitu sebagai medan ujian kepada kita samada kita ni berhak mendapat keredhaanNya ataupun tidak.

Analoginya: Kalau kita nak tahu seseorg tu pandai berlakon atau pun tak, maka kita boleh buat audition dan suruh dia berlakon sebagai satu ujian (test).

Maka begitulah juga dunia ini, Allah sediakan sebagai ujian kepada kita untuk melihat sejauh mana kita MENCARI keredhaanNya. Dunia ini dah di set-up sebaik-baiknya sebagai medan ujian kepada kita.

Kalau kita buat perkara yang Allah suka dan tinggalkan yang dibenci, maka kita pass ujian, tapi jika kita tinggalkan yang Allah suruh dan buat yang Allah benci, maka kita fail ujian tu. SEMUA PERKARA DI DUNIA INI ADALAH UJIAN SEMATA-MATA. INILAH HAKIKAT KEHIDUPAN KITA DI DUNIA INI.

Contohnya:

1. Ujian perintah; solat, puasa dll:- menguji sejauh mana ketaatan kita kepada Allah, Allah redha kepada orang yang patuh kepada perintahNya.

2. Ujian kesusahan:- ujian untuk menguji kesabaran, Allah redha kepada orang yang sabar.

3. Ujian kesenangan:- ujian sejauh mana kita lalai dengan kesenangan.Allah redha kepada kita sekiranya kita tidak lalai akan tujuan hidup kita walaupun diberikan kesenangan. Dan Allah lebih suka syukur orang kaya daripada syukur orang miskin. Keluarga, anak-anak, perasaan cinta dan segala perkara lain yang kita boleh fikirkan semuanya adalah ujian Allah swt untuk menguji samada kita akan mencari keredhaanNya atau kita akan lalai kepadaNya.

Rasanya point yang aku bawak setakat ni dah cukup jelas. Kalau tak jelas, ini dalam bentuk bullet point untuk lebih mudah paham:

1. Tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah 24 jam sehari semalam.
2. Ibadah ialah perkara yang kita tahu jika kita buat Allah akan suka, lalu kita pun buat perkara tu dengan niat semata-mata untuk Allah suka (redha)
3. Kita perlu tahu apa perkara yang Allah suka dan tidak suka melalui ilmu dan common sense.
4. Dunia ini adalah ujian kepada kita untuk menguji sejauh mana kita cuba mencari keredhaan Allah.

Ok aku sambung point seterusnya...

Bila kita sentiasa bear in mind tentang hakikat bahawa kehidupan di dunia ini adalah semata-mata suatu ujian mengikut neraca Allah, maka setiap apa yang kita nak lakukan mestilah kita kena pikir samada Allah suka ataupun tidak.

Ini apply kepada seluruh kehidupan kita, daripada sekecik2 perkara contohnya potong kuku, sehingga kepada sebesar2 perkara contohnya sistem perundangan.

Ok, sebagai satu contoh: Kita nak tengok TV, time tu ada citer jiwang (e.g Janji Diana): Kita pikir, Allah tgh dok perhatikan kita nih, kalau kita tgk citer ni, Allah suka ke tak? Bukan ke benda yang dipaparkan tu (perhubungan lelaki-perempuan bukan muhrim yg melampaui batas) adalah dilarang oleh Islam? Kalau dah dilarang dalam Islam, ada chance ke Allah nak suka?? Then, katakanlah hati kita decide yg Allah sure tak suka kita tgk citer ni, so kita ada dua pilihan:

1) Jangan tgk citer tu semata2 kerana Allah tidak suka.
2) Tengok jugak, peduli apa kat Allah.

Kalau kita pilih (1) maka kita pass ujian dan mendapat keredhaan Allah.
Kalau kita pilih (2) kita tidak mendapat keredhaan Allah tapi tak semestinya berdosa, sebab tidak ada hukum qat'i mengatakan tgk tv tu haram. Tak disukai oleh Allah tidak semestinya haram. Tapi yang pentingnya, kita dah gagal mendapatkan keredhaan Allah, dengan kata lain, kita fail ujian TV.

Contoh seterusnya: Ada satu golongan nak tegakkan hukum Islam. Maka kita pun hendak join golongan ini kerana hati kita decide Allah sangat suka perkara ni. Tapi ada satu lagi golongan yang menentang hukum Islam kerana mengatakan negara kita sudah cukup Islam, dan golongan yang kedua inilah yang berkuasa.

Sekiranya kita terus menyokong golongan pertama, kita akan diancam dengan pelbagai ancaman. So sekali lagi kita ada 2 pilihan:

1) Teruskan perjuangan semata2 kerana kita tahu Allah suka
2) Hentikan sokongan kepada golongan pertama untuk mendapat keredhaan dari golongan kedua dan seterusnya aman dari ancaman mereka, peduli apa Allah
suka atau tak suka.

Bagi aku, jika kita pilih (1) aku rasa kita pass ujian tu dan mendapat keredhaan Allah. Dan kalau pilih (2) kita fail ujian tu dan samada berdosa atau tak bergantung kepada hukum feqah. Cuma setakat yang aku tahu, berusaha untuk menegakkan hukum Allah di negara orang Islam adalah fardhu ain.

Ok, ini cuma sebagai contoh bagaimana kita tackle ujian2 ini. Kita perlu buat keputusan seperti ni hampir setiap minit dalam hidup kita. Sebelum lakukan apa perkara sekalipun, ingatkan diri kita bahawa Allah sedang memerhatikan kita, dan fikirkan samada Allah suka atau tak terhadap perkara perkara yang kita nak buat tu. Kalau Allah suka dan kita pun buat semata2 sebab Allah suka, maka kita akan mendapat keredhaan Allah swt, insya-Allah.

Secara generalnya, kita akan sentiasa ada 2 pilihan dalam perkara yang kita nak lakukan:
1) Kita lakukan/tinggalkan perkara tu untuk mendapat keredhaan Allah
2) Kita tinggalkan/lakukan perkara tu untuk memuaskan nafsu/kehendak kita walaupun kita tahu Allah tidak suka. Maka kita sama2 fikirkanlah yang mana kita patut pilih dan yang mana kita selalunya pilih.

Secara analoginya, ujian yang kita hadapi ini adalah senang. Sebabnya? sebabnya kita cuma ada dua pilihan dan kita dah tahu hampir kesemua jawapan, so secara logiknya senang la kan. Tapi secara realitinya ujian ini sangatlah susah kerana walaupun kita dah tahu jawapan yang betul, tapi kita selalu didorong oleh nafsu untuk membuat pilihan yang salah. Nafsu dan syaitan adalah musuh yang sangat kuat. Cara untuk menentang 2 musuh ini tidak lain tidak bukan adalah melalui mujahadah (perang dengan nafsu, rujuk artikel yg aku hantar sblm ni) dan yang paling penting ialah untuk sentiasa berdoa.

Bayangkanlah bahawa Allah itu sangat dekat dengan kita (memang sangat dekat pun) maka bisikkanlah apa sahaja yang kita nak kepada Allah swt dengan yakin dan bersungguh2, nescaya akan dikabulkan, jika pun tidak dikabulkan secara terus tetapi akan dimakbulkan kemudian.

Ok, sekiranya kita sentiasa sedar bahawa dunia ini semuanya adalah semata-mata satu ujian, maka terlalu banyak kesan positif yang kita boleh develope. Contohnya:

1. Kita akan hilang sifat cintakan dunia sebab kita tau dunia tu just ujian yang sekejap shj yang tujuannya untuk membuktikan bahawa kita sangat cinta, patuh, takut dsb kepada seorang yang sangat berkuasa (iaitu Allah swt). Selepas ujian tu, jika kita pass maka kita akan diganjari pelbagai
nikmat yang kekal abadi. Maka giler ke apa kita nak kumpul nikmat 'ujian2' tu? Macam kita dlm exam, bila habis masa n cikgu nak pungut kertas soalan kita merayu kat cikgu tu suruh extend exam sebab kita belum puas 'diuji'. Sure org kata kita giler.

2. Jika kita ditimpa kesusahan, kita akan lebih sabar dan tak terlalu risau sebab kita tahu itu cuma sebahagian dari ujian Allah swt. Jika kita lulus ujian tu kita akan diganjari hidup yang bebas dari kesusahan dan kerisauan selama-lamanya (iaitu di akhirat nanti).

3. Jika kita diberikan kesenangan, kita tidak akan leka sbb kita tahu itu cumalah satu ujian, dan kita tahu kesenangan di dunia amat sedikit berbanding kesenangan di akhirat nanti.

4. Hidup kita akan jadi sangat tenang. Analoginya ialah macam kita tengok citer suspen, contohnya kecik2 dulu aku suka tgk MacGuyver, biasanya towards the end tu dia akan sampai peak suspense, contohnya time MacGuyver nak matikan bom, tinggal 20 sec lagi, tetiba iklan...Kita punyerla bengang sebab suspense. Tapi kalau kita dah pernah tgk episod tu sebelum ni, maka
kita tak rasa suspense pun sebab kita dah tahu yang MacGuyver akan selamat... lagipun kita tahu kalau dia mati maka The End la citer tu, so kita pun tgk jer dengan tenang. Begitu juga hidup kita, kita tau ianya ujian, dan kita dah tau camna nak hadapi ujian tu, dan kita dah dibagitau bagaimana kesudahannya ujian ni, maka secara logiknya kita akan tenang jer. Takder gaban2

5. Kita akan sentiasa buat benda baik... sebab kita nak pass ujian. Ke ada orang nak fail ujian? Buat baik plak ikhlas kerana Allah, tak mengharapkan apa2 balasan dari manusia, sebab kita tau kalau kita harap balasan then kita nyer ujian akan void.

6. Sekiranya seluruh manusia sedar tentang hakikat dunia ini adalah suatu ujian, maka dunia ini akan jadi aman damai, semua org berlumba2 nak buat baik dan jauhi kejahatan sebab semua nak pass ujian. Ramai orang salah anggap bahawa dunia yang aman inilah matlamat hidup kita, itu adalah karut. Matlamat kita hanya satu.. iaitu untuk menyembah @ mengabadikan diri @
beribadah kepada Allah atau dengan kata lain mencari keredhaan Allah swt. Dunia yang aman damai semua tu cuma spin-off. Dan dunia yang 100% aman tidak akan wujud sebab medan ujian mana boleh senang sangat, mestilah ada kesusahan semua tu, itu adalah sunnatuLlah (Ketetapan Allah)

7. Kita akan sentiasa ingat kat Allah swt dan seterusnya 24 jam sehari hidup kita adalah 100% ibadah. Masya Allah...

Dan banyak lagi, kalau nak disenaraikan semua kesan2 nya maka jawabnya tak cukuplah memori PC aku ni...



Ok, seterusnya point yang aku nak sentuh ialah tentang keikhlasan dalam melakukan amalan.



Bila kita buat sesuatu semata2 kerana mencari keredhaan Allah, atau dengan kata lain kita buat tu semata2 kerana kita tahu Allah suka, maka secara automatiknya kita ikhlas kerana Allah swt.

Ikhlas ini dari segi syara' nya ialah kita buat suatu perkara tanpa mengharapkan balasan. Aku suka bahagikan ikhlas kepada 2:

1. Ikhlas kerana Allah - seperti yang dinyatakan kat atas.

2. Ikhlas semata2 ikhlas - yaitu buat sesuatu perkara yang baik dan tidak berniat untuk mendapatkan keredhaan Allah, tetapi pada masa yang sama tidak ada niat untuk mendapat balasan, mendapat manfaat, dipuji dsb. Kata org putih, do just for the sake of it. Buat semata2 sebab perkara tu baik.

Dalilnya ialah kisah yang diceritakan oleh Rasulullah bagaimana seorang pelacur dimasukkan ke dalam syurga kerana Allah redha kepadanya di atas perbuatannya menolong seekor anjing yang haus. (Hadis Bukhari no 3208)



Ikhlas yang pertama tu adalah ikhlas seperti yang dinyatakan sebelum ni, iaitu kita buat sesuatu perkara semata2 kerana kita tahu Allah sukakan perkara tu. Contohnya kalau kita ikhlas belajar, maka maksudnya ialah kita belajar semata2 kerana kita tahu Allah suka perbuatan belajar itu.
Bukan sebab kita nak dapat kelulusan untuk bekerja dsb. Kalau kita niat belajar untuk menyumbang kepada agama, negara dsb, itu pun boleh dikira ikhlas, tetapi ikhlas yang indirect, sebabnya ia tergantung pula atas niat kita menyumbang kepada agama dan negara tu, kalau kita niat menyumbang kepada negara supaya dikenang, bukan semata2 kerana Allah suka perbuatan
menyumbang tu, then tak ikhlas juga namanya. Jika kita melakukan sesuatu perkara untuk
mendapatkan ganjaran yang Allah janjikan iaitu syurga dsb, itu pun tidak dikira sebenar-benarnya ikhlas kerana Allah.



Ikhlas yang kedua ialah ikhlas semata2, dan tidak disandarkan kepada Allah. Iaitu kita buat sesuatu perkara cuma sebab kita rasa perkara tu baik. Bukan buat kerana Allah tetapi bukan juga berniat untuk disanjung, dipuji dibalasi dsb maka itupun ikhlas juga namanya, tapi ikhlas ini terlalu sukar
untuk didapati kerana setiap yang kita perbuat biasanya ada sebab yang mendorongnya. Maka ikhlas yang pertama itulah yang kita cuba capai.

Aku akan sambung lagi bab ikhlas ni lain kali iaitu berkenaan dengan amalan dengan niat untuk mendapat balasan syurga. Amalan dengan niat sebegini tidak dikira betul2 ikhlas, aku akan elaborate point ni lain kali.

Cuma last sekali, aku nak tutup balik dengan citer The Truman Show. Korang nampak tak persamaan antara hakikat kehidupan kita dengan apa yang dialami oleh Truman tu? Tidakkah kita sedar bahawa segala perbuatan kita diperhatikan oleh Allah swt dan 2 org malaikat sepanjang masa? Hakikat bahwa kita diperhatikan oleh Allah swt sepanjang masa adalah jauh lebih besar daripada Truman yang diperhatikan oleh berjuta2 manusia lain.

Bayangkan kalau kita adalah Truman dan kita tahu bahawa kamera ada dimana2 dan setiap perbuatan kita diperhatikan oleh berjuta2 orang, rasanya sanggup tak nak buat benda2 tak senonoh? Sure la malu kan?

Tapi yang peliknya kita memang tahu bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh Allah dan dua orang malaikat, tapi kita still boleh buat pelbagai jenis maksiat di waktu orang lain nampak dan lebih2 lagi bila orang tak nampak. Tak malukah kita kepada Allah swt??

Okla.... rasanya dah panjang gila... tapi aku puas hati sebab aku rasa Allah suka dengan apa yang aku buat insya-Allah, dapat satu 'markah'... amiin.

Apa yang aku tulis ni adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan selebihnya boleh dimanfaatkan oleh korang semua. Aku harap kita dapat sama2 berubah. Aku nak berubah tapi aku harap aku dapat berubah bersama2 dengan 'persekitaran' aku, maksudnya kawan2 aku berubah bersama. Korang semua lah kawan2 aku yang paling rapat maka aku harap kita dapat berubah bersama2.
Nanti banyak perkara kita akan buat bersama2 in the future, so sgt penting untuk kita start berubah kepada yang Allah redhai dan kita saling ingat-mengingatkan.

Pepatah Arab berbunyi:
“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari Tuhanmu sahabat yang soleh”.

Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Maksudnya " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naunganNya: Imam yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Seorang lelaki yang diajak
berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan ucapan "aku takut kepada Allah", seorang yang bersedekah yang dirahsiakan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan akhir sekali seorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitiskan air matanya".

"Demi masa. Sesungguhya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"
(QS. Al-Asr : 1-3).


wallahu'alam

wassalam

(yang baik tu semuanya dari Allah, dan yang buruk tu mmg dari kejahilan aku... so tolongla betulkan kalau ada yang salah ek)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home