Monday, January 05, 2004

WHY THE BIG DEAL ABOUT...............

Mengapa kita berbahasa Inggeris sedangkan kita berbangsa Melayu ?
Mengapa kita lebih cekap berbahasa Inggeris tetapi jahil dan lemah di dalam
bahasa Arab sedangkan bahasa
Arab merupakan bahasa Al Quran ?
Dua soalan di atas rasanya telah memberikan jawapan kepada soalan "WHY THE
BIG DEAL ABOUT SAMBUT
TAHUN BARU" yang dikemukakan oleh sahabat kita.
Bukan tujuan saya untuk berkonfrantasi tetapi sekadar menghidupkan tradisi
perbincangan dan pertukaran pendapat......
yang merupakan satu amalan dan kebiasaan ketika zaman kegemilangan Islam
tetapi semakin tertutup dan dipencilkan
di zaman kemerosotan dan kegelapan umat Islam.

Begini sebenarnya, samada tahun baru Hijrah (dirujuk pada proses peredaran
bumi mengelilingi matahari & dikira
bermula dari kelahiran nabi Isa a.s) atau Awal Muharam/tahun baru Islam
(dirujuk pada proses peredaran bulan
mengelilingi bumi & dikira bermula dari hijrah baginda Muhammad s.a.w ke
Madinah).......kedua-duanya tetap
merupakan satu fenomena alam yang melambangkan kehebatan dan kekuasaan Maha
Pencipta.
Pada pendapat saya, tak ada salahnya kita prihatin dan menyambut kedatangan
tahun baru samada Tahun Baru
Hijrah, Awal Muharam, Tahun Baru Cina dll asalkan bersesuaian dengan etika
dan disertai dengan kesedaran dan keinsafan.
Siapa kita ini........dari mana kita datang...ke mana kita akan
kembali......apa misi dan tanggungjawab kita di atas muka bumi
ini...........
Seorang insan yang menuntut ilmu dan menyeru ke arah amar ma'ruf nahi
mungkar pada hari Ahad tentunya lebih mulia
dari seorang insan yang bermaksiat dan melakukan kemungkaran pada hari
Jumaat.
Hari Jumaat merupakan hari yang mulia tetapi apa yang lebih penting tentunya
pengisian dan aktiviti-aktiviti kita
pada hari itu......setakat mengatakan hari Jumaat itu mulia dan hebat
tentunya tidak cukup.......

Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi.......apa persediaan kita
untuk menyampaikan mesej Islam dan
menghampiri rakan-rakan kita yang berbangsa Cina......alangkah hebatnya
kekuatan ekonomi umat Islam di Malaysia
jika terdapat ramai korporat Cina yang memeluk ugama Islam....dan seterusnya
membelanjakan harta mereka
untuk mengembangkan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat di
zaman Nabi Muhammad s.a.w......
Semoga kita tidak sekadar membiarkan Tahun Baru Cina berlalu dengan hanya
berkata SAYA HANYA SAMBUT
MUHARRAM.........SAYA TIDAK PEDULI PADA YANG LAIN.........
Sekian.....wassalam.

source: dakwah@yahoogroups

0 Comments:

Post a Comment

<< Home