Tuesday, February 10, 2004

Hawa

Khusus untuk renungan dan hisbah semua..Semoga Allah
meletakkan secebis hidayahNya ke dalam hati kita....



Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam,
kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita di tanam
hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis
oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita
hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.


Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam
bila sinar islam berkembang, darjat kita

diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai

dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di

sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan

didunia ini melainkan wanita solehah.


Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan
islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam

mentaati ajaranNya, kenapa masih segan

mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih

was-was dalam mematuhi perintahNya?


Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang

dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia

dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang

soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan

menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan

dan sokongan pada suami yang sejati dalam

menegakkan islam di mata dunia.

Tapi hawa jangan
sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau
menghentak-
hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik

perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan

sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu,

kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan

kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana
wanita adalah jala syaitan, alat yang di

eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan

Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah

buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah

bersuami jadilah isteri yang meringankan beban

suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah

anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan

ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau

akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita ,

wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata
kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian
yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk
menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,

kerana kau bukan memancing hatinya tapi

merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan

dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku

khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman

membawa ke salam, dari salam cenderung kepada

pertemuan dan dari pertemuan…..takut lahirnya

nafsu kejahatan yang menguasai diri.



Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,

lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui

keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai
wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta

kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi

hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita

melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya.

Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah

pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya

kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan
untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak

mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa

matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan
wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah

akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata

ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,

cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan

memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua

ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan

buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik
serta keluarga yang akan membahagiakan
dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana

kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga
menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu

kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.

Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain

cinta keluarga.

Hawa, Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang
mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam
mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini
juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku
sukar menerimanya …dan benci mendengarnya…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home