Tuesday, February 10, 2004

sketsa bijaksana

Peringatan pada yang lupa...

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg
sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan
arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga
orang
anak lelaki.



Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama
Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama
Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling
disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben
langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan
ini sayang juga dengan Anis. Kadang-kadang
dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke
penambang (jetty) dan ke sekitar kampung.
Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-
kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-
rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan
sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya
kerana jarang diberi
makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung
raja yang memerintah kampung itu dari pulau
seberang telah memanggil si polan ini pergi
mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab
badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh
selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil
hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong
hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja
memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa
yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah.
Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi
macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab
Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar
sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si
polan ini kerana anak yang disayanginya tidak
boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya
sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar
ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja
memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa
yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya
Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi
macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis
tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai
hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si
polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun
tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei
Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..
Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu
Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang
alasan.Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia
sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben
menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar
sampai ke penambang dan si Amsal mengikut
ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu,
tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat
pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan
si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus
kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya
kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis
tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu
mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja)
yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben
tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di
penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita
mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa
dgn akhirat dan rukun Islam yang lima .

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia
dan di akhirat.

Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home