Tuesday, February 10, 2004

tanda2..menghampiri ajal

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
>
>Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
>disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
>Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
>Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu
>dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
>seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja
>disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
>daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
>mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
>maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran
>tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
>dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap
>begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran
>tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada
>untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
>ditinggalkan sesudah mati.
>
>Tanda 40 hari sebelum hari mati
>
>Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
>berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
>dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan
>mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,
>antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
>malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
>terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
>seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
>untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
>dicabutnya.
>
>
>
>Tanda 7 hari
>
>Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
>musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
>ianya berselera untuk makan.
>
>Tanda 3 hari
>
>Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
>diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah
>kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini
>akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini
>juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
>hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
>melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
>hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
>terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
>
>Tanda 1 hari
>
>Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
>di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
>tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
>
>Tanda akhir
>
>Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
>bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
>bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
>dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput
>kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
>akan mematikan pula.

wallahua'lam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home