Thursday, March 18, 2004

Couple?...Seronok??????

Apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':
1) seronok (dpt fitnah)
2) seronok (dpt dosa)
3) seronok (dpt geng dgn syaitan)
4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
5) byk habis duit (lebih baik guna utk
sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli
prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..
6) byk risau (takut awek kita org lain kebas..
berapa kali dah miss solat pasal dok asyik
berdating tak pulak risau..)
7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat
peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim
patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg
bila2 masa..)
8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup
dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah
tak kisah..)
9) menepati masa dan janji (takut awek
marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut
pulak... )
10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah
saham DOSA drpd PAHALA..
Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian
saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan
PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;
1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan
lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg
bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini
supaya tidak bercanggah dhn syarak.
2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka
didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana
dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan
tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd
pendapat mereka keluar buat date kat khalayak
ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak
pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu
pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun
sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat
le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je
alasan dia org utk melepaskan diri. org kata
kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita
nasihat kot sini dia corner kot lain. byk
bersabar aje le dan teruskan usaha kita
insyaAllah lama2 dia sedar le..
3) sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai
dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki
dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve.
hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak
kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between
the charge can't be control to act in a much
more appropriate manner.. maka terjadinya
perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan
ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le..
dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir
mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga
kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor,
tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi
tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun
tak boleh diabaikan...
4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup
aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak
dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini
membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek
mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak
mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk
mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis
org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi
bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki..
lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu..,
lelaki apa lagi.. ada chance ni..
5) ramai perempuan semakin berani.. berani
menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki
maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk
boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk
dpt awek..
6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek,
kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan
dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain
dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu
suasana.
7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia
tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek ..
lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...
8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki..
lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik
semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu
minat kat dia (padahal tak minat pun), end up
awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit
punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu
pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja
(dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak
minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek
tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka
dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan
sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd
kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..
9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat
sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk
dia. tolong nie tolong tu, tolong buat
assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok
tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan
tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut..
yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi
mcm tu...
10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal
mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka
cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk
kenal antara satu sama lain dan memahami satu
sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum
berjanji utk hidup semati...

JANGAN MARAH SANG TERUNA DAN DARA...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home