Friday, April 02, 2004

Have a nice flight

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya
ibarat penerbangan ke sebuah negara, dimana
maklumat tentangnya tidak terdapat dlm sebarang
brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan
Al-Hadith, di mana penerbangan bukannya melalui
Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

Dimana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg,
tetapi amalan yg tiada caj lebihan berat, ianya
atas kesudian Pencipta kita, dimana bajunya bukan
Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain
putih cotton.

Dimana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone,
tetapi air mawar dan cendana, Dimana pasport kita
bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-
Islam.

Dimana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan,
tetapi 'Lailaillah'.
Dimana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi
Izrail dan lain-lain.
Dimana dalamnya bukan lagi 1st, business atau
economy class, hanyalah sekadar keranda kayu yg
diukirkan.
Dimana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow
Airport atau Jeddah International, tetapi tanah
perkuburan.
Dimana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-
cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam &
gelita.
Dimana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir,
mereka hanya memeriksa samada kita layak ke
destinasi yg diidamkan.
Dimana tidak perlu pegawai kastam dan alat
pengesan.
Dimana lapangan terbang transit adalah Al-
Barzakh.
Dimana destinasi terakhir samada Syurga yang
mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya
percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan
dihabiskan.

Penerbangan ini tidak akan hijack atau dirampas,
oleh itu tidak perlu bimbang.
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu
risaukan masalah alergi atau halal-haramnya.
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa
tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pd
masanya.
Jangan fikirkan tentang hiburan dlm penerbangan,
anda telah hilang selera bersuka-ria.
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap
ditempah sejak anda disenyawakan di dlm rahim
ibu.
Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah
anda, anda adalah satu-satunya penumpang
penerbangan ini.
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan
sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang
tanpa 'amaran'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk
penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home