Monday, March 22, 2004

Cerita Doktor Kita Sekembalinya dari Maluku

Description:
>Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang segala puji-pujian
>bagi Allah, yang maha mengetahui dan maha bijaksana.
>
>Untuk renungan kita bersama yang masih memusuhi sesama Islam hanya kerana
>perbezaan pendapat sahaja. Hanya sekiranya berlaku seperti peristiwa Maluku
>ini sahaja baru agaknya semua orang Melayu Islam di Malaysia akan bersatu.
>
>Sekian.
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum semua, Alhamdulillah, Karen &
>saya telah kembali malam semalam. Azhar
>InsyaAllah akan tiba esok dan diikiuti oleh Wan Hazmy dan Al-Amin.
>
>Tiada seorang pun dari kami yang menjangkakan ianya terlalu jauh dan
>terlalu sukar untuk ke sana dan kami berpeluang mencuba hampir segalanya
>kapal terbang jet, kapal terbang kecil, bot, kapal, kenderaan 4wd dll.
>
>Saudara dan saudari, peperangan di Maluku sedang bergejolak dan ketika saya
>menulis ini, saya jangkakan pihak mujahidin sedang melakukan serangan di
>Ambon dan utara Halmahera. Ianya adalah jihad yang sebenar dalam sepenuh
>erti kata. Secara terus terang, saya mulanya agak skeptikal oleh kerana
>terlalu sedikit yang di tulis di akhbar-ahkbar.
>
>Tetapi sekarang saya sedar dan saya telah pulang dengan amanah penduduk
>dari Maluku untuk menyebarkan yang benar berkenaan peperangan yang berlaku
>disana. Jika sekiranya anda memikirkan Kosova adalah teruk, cubalah
>bayangkan berada di kawasan yang lebih dahsyat dari itu. Ini adalah
>peperangan yang dicetuskan dan dimulakan oleh konspirasi antarabangsa.
>
>Secara geografi, adalah berkemungkinan besar setelah kejatuhan Timor Timor
>ke tangan orang Kristian, Maluku, Sulawesi dan jika kita tidak berhati-hati
>Malaysia Timur juga akan terikut sama. Ini akan membentuk satu penghadang
>kepada negara seperti Australia dan Barat.
>
>Peparangan ini bermula dengan seruan Paderi Besar Maluku untuk menghapuskan
>orang Islam dan menghalau Islam keluar dari Maluku yang mana penduduknya
>50-50% Islam - Kristian. Orang Islam di Maluku adalah orang yang bertimbang
>rasa tidak seperti orang Melayu di Malaysia. Mereka tidak pernah
>menjangkakan perkara ini akan berlaku. Mereka tak pernah menyangka akan
>diserang pada Hari Raya Aidil Fitri 1999. Mereka tidak pernah menyangkakan
>akan dibakar hidup-hidup ketika sedang mengerjakan solat tarawih pada
>bulan Ramadhan yang lepas.
>
>Cuba bayangkan sebuah kawasan yang beribu-ribu orang-orang Islam telah
>dibunuh. Bukan sahaja dibunuh, dipotong kepalanya dll. Tetapi kemudiannya
>disiat-siat, hatinya dikeluarkan dan dimakan atau dihancurkan untuk membuat
>campuran serbuk peluru.
>
>Cuba bayangkan wanita yang dirogol dalam masjid oleh pengganas termasuk
>paderi mereka yang kemudiannya berkata "enak juga kulit wanita Islam" di
>hadapan keluarga yang menanti giliran mereka untuk dibunuh. Buah dada
>mereka dipotong dan dicampakkan seperti permainan 'frisbees' sedangkan
>mereka terbaring dalam kesakitan menantikan pukulan terakhir yang akan
>menamatkan riwayat mereka.
>
>Bayangkan seorang imam dibunuh dan dikebumikan yang apabila lubang digali
>semula didapati kemaluannya dipotong dan mulutnya disumbat dengan daging
>babi mentah. Bumi bergegar dan hanya ketentuan Allah yang menghalang mereka
>untuk pergi lebih jauh.
>
>Bayangkan kanak-kanak dengan muka kotor dan hingus meleleh pada muka yang
>kering serta tak terurus memegang tangan anda dan merengek "ibu... lapar
>ibu... ngak makan 3 hari ibu..." Bayangkan makanan yang mengandungi hanya
>nasi kosong dan jika bernasib baik dengan lauk kuah indomie atau jika
>benar-benar mewah sekeping ikan tongkol yang kecil.
>
>Bayangkan mujahid yang berani berjalan dengan anak panah dan lembing di
>bahu, lengan, kaki tanpa rasa gentar atau menangis tetapi sebutan kalimah
>"Allahu Akbar" di bibir mereka.
>
>Bayangkan kanak-kanak berumur 8 tahun berjuang kerana Allah dan apabila
>ditanya mengapa, menjawab "ngak guna hidup... mereka injak-injakkan agama
>suci kita"...
>
>Bayangkan ribuan pelarian tiba di pesisiran Ternate dengan guni yang penuh
>dengan kepunyaan mereka dan jika bernasib baik, tidur di tangga-tangga
>masjid yang sesak dan di tempat-tempat pelarian.
>
>Bayangkan ribuan pelarian berhimpit-himpit di gudang pengeringan cengkih.
>Udara didalamnya yang panas dan menyesakkan. Beberapa kanak-kanak dengan
>demam panas terbaring pada cebisan kayu yang keras yang mereka panggil
>rumah sekarang.
>
>Bayangkan orang yang sakit dan cedera dirawat dilantai-lantai masjid dan
>kawasan sementara yang dinding-dindingnya pecah disokong oleh jejari
>basikal dan besi-besi cerucuk. Luka dibalut dengan madu dan kain. (dengan
>izin Allah, luka tersebut sembuh dan penyatuan tulang berlaku).
>
>Bayangkan doktor-doktor Kristian pada beberapa tahun yang lepas telah
>menjadikan misi hidup mereka untuk membunuh bayi-bayi Islam yang baru
>dilahirkan atau melakukan pemotongan 'caesarean' untuk membendung
>pertambahan masyarakat Islam.
>
>Bayangkan semua ini wahai saudara dan saudari. Inilah yang kami hadapi dan
>dengar. Nampaknya macam terlalu sedikit yang boleh kami tawarkan tetapi
>alhamdulillah, kehadiran kami sahaja telah cukup untuk memberikan
>ketenangan kepada mereka. Kami kelihatan hampir serupa. Bercakap bahasa
>yang juga hampir sama dan kami menyembah Tuhan yang sama. Mereka mahu kami
>membawa kembali berita yang berat sebelah dan peperangan yang ganas kepada
>anda semua dan seluruh umat Islam di dunia ini.
>
>Duit yang kami kumpulkan diberikan untuk membayar duit muka untuk membeli
>sebuah rumah yang elok untuk dijadikan pusat kesihatan bagi merawat
>mujahidin dan juga pelarian. Ketika saya menulis ini, Wan Hazmy dan Al-Amin
>tentu sedang sibuk berpindah masuk ke dalam bangunan dan menyiapkan
>persedian untuk menerima pesakit. Ketika saya menulis ini juga, tentera
>Islam sedang memasuki dan mengambil kawasan di Ambon dan utara Halmahera
>
>Percayalah, ini bukanlah peperangan berkenaan kawasan atau bangsa.Ini
>adalah jihad sebenar menentang musuh Allah. Tidak seorang pun yang kami
>temui bercakap mengenai harta mereka yang hilang tetapi bercakap mengenai
>peperangan menentang Islam.
>
>Mereka memerlukan pertolongan kita. Mereka memerlukan duit dan juga
>kekuatan, kepakaran dan doa kita.. Tolonglah bantu kami untuk membantu
>mereka. Pakar Bedah terutamanya Ortopedik. Kami perlu membentuk satu
>pasukan. Pusatnya ialah di Pulau Ternate, 100% muslim dan selamat. Insya
>Allah.
>
>Ianya sebuah pulau yang cantik dan jetinya seperti akuarium dengan air
>jernih dan ikan berwarna-wani dibawahnya.. Tolong hubungi Azhar, saya atau
>Zaleha untuk menawarkan perkhidmatan anda.. Kami merasakan keutamaan adalah
>untuk menjaga mujahidin kerana kepakaran perubatan kami. Jika anda merasa
>takut. Ingatlah masa kematian kita telah tertulis, tidak sesaat cepat atau
>lambat. Sesungguhnya mati untuk jihad di jalan Allah adalah sebaik-baiknya.
>
>Wassalam.
>Ikhlas drpd : Dr. Jemilah Mahmood, MERCY
>
>E-Mel ini telah dihantar oleh Dr. Jemilah setelah beliau kembali dari
>Kepulauan Maluku pada 15hb Mac 2003. Untuk pengetahuan umum, Dr. Jemilah
>ialah Presiden MERCY Malaysia (Medical Relief Society) sebuah pertubuhan
>NGO yang terlibat dengan penghantaran, misi ke Kosova dan Turkidan dan
>sekarang ini di Kepulauan Maluku.

Panduan Solat

UNTUK RENUNGAN/PANDUAN UNTUK KITA SEMUA.


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".


Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku ber-wudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku
rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku
seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya,kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.

Sampaikan-lah email ini kepada sahabat2 kamu.
Terima Kasih